LAHIR MATI

Pengenalan ?
Lahir mati membawa maksud kematian janin di antara minggu ke 20 kehamilan (bulan ke 5) sehingga kelahiran.
Penerangan
Walaupun keadaan ini jarang berlaku, ia masih merupakan satu pengalaman perit untuk dilalui oleh ibubapa.

Penyebab ?
• Kecacatan kelahiran - biasanya berpunca daripada struktur atau kecacatan kromosom.
• Tali pusat terjatuh (prolaps), iaitu apabila tali pusat terkeluar dari faraj terlebih dahulu sebelum bayi. Ini menghalang pengaliran darah dan oksigen.
• Masalah uri (plasenta)
o Pemisahan uri dari dinding rahim (uterus). Bayi tidak mungkin dapat hidup sekiranya uri telah terpisah dari tempat implantasinya.
o Implantasi uri di bahagain pangkal rahim/bahagian bawah rahim atau serviks. Keadaan ini dipanggil plasenta previa. Sekiranya keadaan ini tidak dikesan di peringkat awal, ia boleh menggagalkan peluang bayi untuk hidup dan pendarahan yang serius mungkin berlaku.
• Keadaan kesihatan ibu mengandung sebelum dan juga semasa kehamilan seperti ibu mengidap diabetes (kencing manis) dan tekanan darah tinggi. Keadaan ini merupakan penyebab penting kejadian lahir mati dan masalah ini perlu dipantau sepanjang tempoh kehamilan.
• Masalah pada tali pusat
o tali pusat terpintal menyebabkan terganggunya pengaliran oksigen dan juga nutrien kepada bay
o tali pusat itu terbelit pada leher bayi, yang menjadikan bayi tercekik dan lemas apabila ia mula bergerak ke bahagian bawah
• Tiada punca yang dapat dikenalpasti (merupakan separuh dari kes lahir mati) tetapi kemungkinan besar disebabkan oleh jangkitan.

Faktor - faktor risiko ?
Berikut merupakan faktor yang telah dikenalpasti boleh meningkatkan risiko lahir mati:
• Merokok
• Pengambilan alkohol yang berlebihan
• Penyalahgunaan dadah seperti heroin dan kokain
• Obesiti/kegemukan
• Pernah mengalami kejadian lahir mati
• Wanita yang mengalami beberapa masalah kesihatan seperti diabetes, (terutamanya yang tidak terkawal) atau tekanan darah tinggi yang kronik (tekanan darah tinggi dan praeklampsia)
• Wanita yang telah berusia (pertengahan 30an dan lebih) - adalah lebih mudah untuk mengalami masalah kesihatan yang lain dan juga masalah pada uri
• Mengandung ketika remaja - lebih cenderong untuk mendapat masalah uri dan juga tekanan darah tinggi
• Jangkitan bakteria dan virus di kalangan ibu

Insidens ?
Kadar kejadian lahir mati ialah 1 bagi setiap 200 kehamilan.

Tanda-tanda dan gejala ?
Biasanya tidak ada gejala atau simptom yang khusus atau pun sebarang amaran terhadap kejadian lahir mati. Walau bagaimanapun, sekiranya tanda-tanda atau gejala-gejala berikut berlaku, segeralah berjumpa doktor ataupun bidan yang terlatih:
• Pendarahan dari faraj - mungkin menjadi petanda kepada satu masalah yang lebih serius.
• Kurang atau tiada pergerakan janin
• Perubahan pada aktiviti atau pergerakan biasa bayi.
• Sakit pinggang (bahagian pelvis), belakang dan juga bahagian bawah abdomen - terasa menyucuk-nyucuk
• Tidak lagi terasa seperti sedang hamil dan anda dapat merasakan beberapa perubahan fizikal seperti payu dara menjadi semakin kecil.

Ujian - ujian ?
• Kematian janin boleh dijangkakan apabila si ibu tidak lagi terasa pergerakan bayi dalam kandungannya dan doktor juga sudah tidak lagi mendengar denyutan jantung janin.
• Jika doktor mengesyaki lahir mati berlaku ketika bersalin, pemantauan dalaman ke atas janin akan dijalankan
• Ultrasound perlu digunakan bila perlu untuk mengesahkan diagnosis
• Autopsiialah satu langkah penting untuk mengesan sebab kematian janin.
• Ujian darah dilakukan untuk mengesan diabetes dan juga lain-lain jangkitan

Pengurusan
Sebaik sahaja janin dalam kandungan disahkan mati, tindakan berikut perlu dilakukan:
• Tunggu sehingga proses kelahiran berlaku secara normal; biasanya dalam masa 1 ke 2 minggu selepas kematian janin
• Mencetus kelahiran - kebanyakan bayi yang lahir mati boleh dilahirkan secara normal selepas kelahiran diaruhkan, melainkan ada sebab-sebab tertentu yang mengharuskan pembedahan Caesarean dilakukan
• Menjalankan pembedahan Caesarean
Selepas kelahiran
Selepas lahir mati, sama seperti kelahiran biasa, anda mungkin akan mengalami pembengkakan payu dara, ketidakselesaan akibat pembedahan episiotomi (bahagian perineum dan faraj digunting untuk memudahkan proses kelahiran), tekanan perasaan /stres selepas bersalin dan juga masalah-masalah yang dialami selepas kelahiran. Gabungan pelbagai masalah fizikal dan juga emosi ini mungkin dirasakan terlalu berat untuk ditanggung oleh ibu. Oleh itu, sokongan sosial dari keluarga dan rakan-rakan adalah sangat penting.
• Rasa bersalah ialah satu reaksi yang normal bagi mereka yang mengalami kejadian lahir mati ini. Sematkan dalam fikiran anda, bahawa lahir mati jarang sekali berpunca dari perlakuan anda. Adalah satu perkara yang normal untuk merasa kesal, marah dan juga keliru dengan apa yang telah berlaku.
• Berjumpalah kaunselor atau menyertai kumpulan sokongan,mungkin mereka dapat membantu mengurangkan tekanan yang dialami.
• Bawa berbincang dengan jururawat atau doktor anda untuk mengatasi kekusutan yang dialami sebelum anda keluar dari hospital.

Pencegahan ?
• Lazimnya, lahir mati berlaku tanpa sebarang amaran, tetapi kadang-kala ia boleh dijangka dan dielakkan
• Penilaian ke atas janin dijalankan pada ibu-ibu yang berisiko tinggi terhadap masalah lahir mati - seperti ibu-ibu yang mempunyai masalah kesihatan (yang ada diabetes dan tekanan darah tinggi) terutama pada minggu terakhir kehamilan. Sekiranya semasa penilaian janin tersebut terdapatnya penemuan yang luar biasa, maka usaha untuk melahirkan bayi itu lebih awal mungkin dapat mengelakkan kejadian lahir mati.
• Bagi sesetengah kes terpecah uri atau abrubsi plasenta (placenta abrubtion), pembedahan kecemasan Caesarean mungkin dapat menyelamatkan nyawa.
• Carta pergerakan janin digunakan oleh para doktor untuk menjejak pergerakan janin dilakukan beberapa kali dalam sehari, terutamanya selepas minggu ke 26 kehamilan. Sekiranya bayi itu kurang menendang atau bergerak dari biasa, penilaian lanjutan ke atas janin perlu dijalankan. Bagi sesetengah kes, sekiranya doktor dapati ada keabnormalan yang berlaku, maka aruhan kelahiran dengan menjalankan pembedahan Ceasarean mungkin dapat menyelamatkan keadaan.
• Jaga kesihatan diri anda dengan baik sebelum mengandung. Setelah mengandung, dapatkan penjagaan ibu mengandung seawal mungkin untuk memastikan keadaan bayi anda sihat. Doktor akan menjalankan ujian saringan bagi mengesan sebarang jangkitan. Di samping itu, beliau akan mengkaji rekod kesihatan dan memastikan sebarang keadaan yang serius atau kronik telah dirawat dengan sewajarnya.
Langkah-langkah berikut dapat membantu anda menikmati satu kehamilan yang sihat
• Bersenam dan, amalkan pemakanan yang baik dan ambillah 400mg (mikrogram) asid folik setiap hari
• Elakkan pengambilan alkohol, merokok atau ubat-ubatan kecuali yang diberikan oleh doktor anda.
• Jauhkan diri dari racun serangga
Segera hubungi doktor sekiranya :
• Anda hamil dan mengalami pendarahan, kesakitan atau kekejangan pada bahagian pinggang atau pelvis, belakang dan juga bahagian bawah abdomen.
• Anda dapati janin anda tidak begerak dengan aktif seperti sepatutnya.

HARINTA DWI S
E2A009130
Reguler 1, 2009
MAHASISWA FKM, UNDIP

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komentar:

Posting Komentar